Buku Separuh Berisi Separuh Kosong

Wednesday 6 June 2012

Membaca Sepanjang Hayat

Mencari ilmu melalui pembacaan sudah terbukti sangat menguntungkan. Pertama, pembaca telah dihidangkan maklumat yang  telah teruji kebenarannya. Kedua, pembaca dapat mengetahui pengalaman penulis tanpa mengenali atau bersemuka dengannya.  Sekurang-kurangnya akan menyebabkan pembaca berfikir tentang kebenaran maklumat penulis. Semasa berfikir kita telah menggunakan minda sedar dan telah mengaktifkan sel-sel otak untuk terus berfungsi.